bantuan sara hidup

Bantuan Sara Hidup 2024: Cara memohon Bantuan RM300 dikreditkan setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini diberikan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan dan sebagai usaha membantu kehidupan masyarakat.

Bantuan-bantuan ini juga datang dengan syarat-syarat tertentu dan diberikan kepada mereka yang layak khususnya dari kalangan B40 dan M40. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan Sara Hidup

Di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup. Bantuan ini pada asasnya diberi kepada Veteran ATM yang bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian.

Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM300 dan diberikan secara bulanan kepada mereka yang menepati syarat-syarat serta diluluskan permohonan mereka. Setiap permohonan yang diluluskan pula akan berkuatkuasa selama tiga tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat.

Permohonan itu kemudiannya akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup

Bantuan ini diberikan kepada para veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menepati syarat-syarat berikut:

  • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
  • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
  • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa;
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  • Tidak diberhentikan di bawah kes tatatertib;
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak;
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

Cara Memohon

Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan Bantuan Sara Hidup ini, permohonannya boleh dibuat dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 secara lengkap oleh pemohon atau waris. Borang yang lengkap kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.

Segala keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul dan benar. Pemohon juga bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JHEV – DI SINI.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bantuan-Bantuan Lain

Dalam masa sama, pihak JHEV turut memperkenalkan beberapa bantuan lain seperti Bantuan Persekolahan (BSK) bagi membiayai perbelanjaan memulakan persekolahan di peringkat rendah atau menengah atau vokasional.

Syarat-syarat kelayakan bantuan ini adalah:

  • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
  • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
  • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa;
  • Veteran ATM atau orang tanggungan dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) layak memohon bantuan ini;
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
  • Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun;
  • Setiap keluarga hanya layak untuk seorang anak sahaja.

 

Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM500 setahun bagi sekolah rendah dan RM700 setahun bagi sekolah menengah/vokasional. Semua permohonan BSK perlu dikemukakan pada tahun semasa sahaja selewat-lewatnya sebelum 30 September setiap tahun.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JHEV.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bergelar suami isteri adalah detik indah yang dinantikan oleh ramai pasangan. Namun, selepas majlis tamat, bermulalah satu fasa kehidupan yang…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

Warga emas merupakan sebahagian penting daripada masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan pengalaman yang tidak ternilai dalam membangunkan…
RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

Melangkah ke alam pengajian tinggi merupakan satu fasa penting dalam kehidupan seorang pelajar. Ia bukan sahaja menandakan permulaan kepada pengembaraan…