sara hidup

Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 dari JHEV dibayar setiap bulan: Maklumat cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Bantuan-bantuan ini diberikan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan dan sebagai usaha membantu kehidupan masyarakat.

Antaranya adalah melalui Bantuan Sara Hidup (BSH) setiap bulan yang diberikan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini: –

Bantuan Sara Hidup (BSH)

Bantuan Sara Hidup atau BSH yang dimaksudkan ini adalah sebuah bantuan kewangan bulanan dari Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) kepada Veteran ATM dengan bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian.

Kadar BSH yang ditetapkan adalah sebanyak RM300 kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan dan diluluskan permohonannya.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Veteran ATM:
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak;
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

Cara Memohon

Bagi memohon bantuan kewangan bulanan ini, ia perlu dikemukakan dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 secara lengkap oleh pemohon atau waris.

Borang yang lengkap diisi kemudiannya perlu dipanjangkan kepada Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.

Adalah diingatkan bahawa setiap butiran yang diisi hendaklah benar dan tepat. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.

Dimaklumkan bahawa setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat.

Permohonan itu kemudiannya akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun untuk memastikan sama penerima sedia ada itu masih layak diteruskan atau sebaliknya.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JHEV – DI SINI.

Dalam masa sama, di bawah Belanjawan 2024 – pihak Kerajaan akan memastikan tanah-tanah strategik dimanfaatkan sebaiknya untuk projek rakyat. Hal ini termasuklah dengan projek pembinaan rumah mampu milik untuk golongan veteran.

Kerajaan juga akan terus menggiatkan inisiatif PROTEGERTW yang merupakan penempatan latihan pekerjaan dengan kerjasama syarikat penerima kontrak Kerajaan dan meluaskan skop kepada golongan veteran ATM di bawah kontrak yang dimeterai oleh Kementerian Pertahanan.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk individu, masyarakat, dan negara yang maju. Ia bukan sekadar proses pembelajaran di sekolah atau…
RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…