Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 setiap bulan kepada senarai penerima ini: Cara buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Sara Hidup (BSH) setiap bulan yang diberikan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini: –

Bantuan Sara Hidup (BSH)

Pihak Kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) telah memperkenalkan sebuah bantuan bulanan sebanyak RM300 yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup atau BSH.

Bantuan ini pada asasnya diberikan kepada Veteran ATM berkelayakan bagi tujuan untuk meringankan beban sara hidup harian mereka.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Veteran ATM:
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak;
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019.

Borang permohonan itu hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya dan segala maklumat yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Borang kemudiannya hendaklah dihantar ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.

Dimaklumkan setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat.

Permohonan itu seterusnya akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JHEV – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FAMA dengan gaji sehingga RM3,291.20: Minima SPM, Ambilan Julai 2024

Jawatan Kosong FAMA dengan gaji sehingga RM3,291.20: Minima SPM, Ambilan Julai 2024

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…
Bantuan BKPKK RM3,600 setahun: Maklumat Penerima, Syarat-Syarat & Cara Memohon

Bantuan BKPKK RM3,600 setahun: Maklumat Penerima, Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Cara membuat Permohonan Semula STR 2024 untuk semua kategori

Cara membuat Permohonan Semula STR 2024 untuk semua kategori

Untuk membantu mereka yang memerlukan, pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan…