Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 setiao bulan yang diberikan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang berkelayakan.
Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini: –
Bantuan Sara Hidup (BSH)
BSH adalah sebuah bantuan bulanan sebanyak RM300 yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).
Bantuan kewangan bulanan ini diberi kepada Veteran ATM dengan tujuan untuk meringankan beban sara hidup harian.
Setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.
Untuk makluman, Veteran ATM boleh mengemukakan permohonan untuk melanjutkan bayaran BSH sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat tempoh tiga tahun berkenaan.
Syarat-syarat Kelayakan
- Veteran ATM:
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
- Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
- Balu yang berkahwin semula tidak layak;
- Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
- Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019.
Borang permohonan itu hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya dan segala maklumat yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.
Ia kemudiannya perlu dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
Semakan status permohonan seterusnya boleh dibuat secara atas talian di Portal Rasmi JHEV.
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JHEV – DI SINI.