sara hidup

Bantuan Sara Hidup (BSH): Semakan kelayakan dan cara memohon RM300 setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Hal itu berkaitan secara langsung dengan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat dan memerlukan perhatian.

Maka, bantuan-bantuan ini diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu mereka yang memerlukan sama ada dari kalangan mereka berpendapatan rendah (B40) atau sederhana (M40). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan Sara Hidup (BSH)

Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah sebuah bantuan bulanan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).

Ia secara asasnya bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian Veteran ATM yang memerlukan dan menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Veteran ATM:
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak;
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

 

Kadar BSH yang ditetapkan adalah sebanyak RM300 dan diberikan setiap bulan kepada mereka yang layak serta diluluskan permohonannya.

Cara Memohon BSH

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 secara lengkap oleh pemohon sendiri atau warisnya.

Segala keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.

Borang yang lengkap dan dokumen-dokumen yang diperlukan kemudiannya perlu dihantar ke  Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.

Dimaklumkan bahawa setiap permohonan yang dihantar akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).

Bagi setiap permohonan yang diluluskan, ia akan berkuatkuasa selama tiga tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan itu akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima Bantuan Sara Hidup itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.

Veteran ATM bagaimanapun boleh mengemukakan permohonan untuk melanjutkan bayaran BSH sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat tempoh tiga tahun itu.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JHEV – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Kepada para veteran ATM, mereka boleh mendapatkan Kad Veteran ATM sebagai kad pengesahan Veteran ATM sekaligus melayakkan Veteran ATM dan orang tanggungan yang layak menerima kemudahan dan bantuan yang disediakan.

Mulai 1 April 2016, Kad Veteran ATM dikeluarkan oleh JHEV menggantikan Kad Bekas Tentera (KBT) yang dikeluarkan oleh Jabatan Rekod dan Pencen (JRP) ATM. Anggota yang layak mendapat kad ini akan disahkan sebagai Veteran ATM.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk makluman, KTM Berhad menawarkan diskaun 50% tambang perjalanan untuk perkhidmatan ETS dan Intercity kepada Veteran ATM yang berpencen dan isteri berkuatkuasa mulai 15 Januari 2017.

Diskaun 50% ini ditawarkan untuk semua perkhidmatan ETS dan Intercity kecuali perkhidmatan Shuttle Tebrau JB Sentral – Woodlands – JB Sentral. Tiket diskaun ini boleh dibeli di semua kaunter tiket KTM Berhad dengan mengemukakan salinan asal Kad Veteran yang dikeluarkan oleh JHEV ATM beserta kad pengenalan.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan perkara ini, sila rujuk di Portal Rasmi JHEV – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FAMA dengan gaji sehingga RM3,291.20: Minima SPM, Elaun kedatangan RM75

Jawatan Kosong FAMA dengan gaji sehingga RM3,291.20: Minima SPM, Elaun kedatangan RM75

Mencari pekerjaan kini lebih mencabar dengan persaingan yang semakin meningkat. Namun, peluang sentiasa terbuka kepada mereka yang bersedia untuk mencarinya.…
Bantuan Kerajaan Kedah RM300 secara 'one-off' telah dibuka: Cara memohon

Bantuan Kerajaan Kedah RM300 secara 'one-off' telah dibuka: Cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan Kosong Renjer Komuniti PERHILITAN, ambilan September 2024: Mohon sekarang

Jawatan Kosong Renjer Komuniti PERHILITAN, ambilan September 2024: Mohon sekarang

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) kini sedang membuka…