Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini diberikan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan dan sebagai usaha membantu kehidupan masyarakat.
Antaranya adalah melalui Bantuan Sara Hidup (BSH) setiap bulan yang diberikan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –
Bantuan Sara Hidup (BSH)
Bantuan Sara Hidup yang dimaksudkan ini adalah sebuah sumbangan kewangan secara bulanan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV). Tujuan utama bantuan ini adalah bagi meringankan beban sara hidup harian para veteran ATM yang memerlukan dengan kadar RM300 setiap bulan.
Bantuan ini diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:
- Veteran ATM:
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
- Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
- Balu yang berkahwin semula tidak layak;
- Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
- Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.
Cara Memohon
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan BSH ini, permohonannya boleh dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 secara lengkap oleh pemohon atau waris. Borang yang lengkap kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
Segala butiran yang diisi hendaklah benar dan tepat. Pemohon juga bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan. Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).
Dimaklumkan bahawa setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat.
Permohonan itu kemudiannya akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun untuk memastikan sama penerima sedia ada itu masih layak diteruskan atau sebaliknya.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JHEV – DI SINI.
Pada Mac lalu, dilaporkan bahawa lebih 27,000 daripada 41,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH). Malah, pada ketika ini – JHEV sedang berbincang dengan kerajaan untuk melonggarkan terma dan syarat semasa, bagi menyokong usaha untuk menghulurkan bantuan kepada semua 41,000 veteran ATM tidak berpencen.
Secara keseluruhan, veteran ATM terdiri daripada lebih 168,000 individu di seluruh negara, termasuk 78,000 veteran tidak berpencen, balu dan tanggungan mereka.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, kerajaan komited membantu veteran ATM dengan peningkatan peruntukan sebanyak 167 peratus pada tahun ini dan sentiasa memantau aspek kebajikan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM.
Selain itu, di bawah Belanjawan 2024 – pihak Kerajaan akan memastikan tanah-tanah strategik dimanfaatkan sebaiknya untuk projek rakyat. Hal ini termasuklah dengan projek pembinaan rumah mampu milik untuk golongan veteran.
Kerajaan turut akan terus menggiatkan inisiatif PROTEGERTW yang merupakan penempatan latihan pekerjaan dengan kerjasama syarikat penerima kontrak Kerajaan dan meluaskan skop kepada golongan veteran ATM di bawah kontrak yang dimeterai oleh Kementerian Pertahanan.