Bantuan Sara Hidup RM300 dikreditkan setiap bulan: Permohonan dibuka sepanjang tahun

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Bantuan-bantuan ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan sama ada dari kalangan mereka berpendapatan rendah (B40) atau sederhana (M40). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup ini diperkenalkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) dan bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian para veteran ATM yang memerlukan.

Bantuan ini diberikan secara bulanan dengan kadar sebanyak RM300/sebulan dan dikreditkan terus ke akaun penerima yang diluluskan permohonan mereka.

Berikut adalah maklumat syarat-syarat kelayakan Bantuan Sara Hidup ini:

  • Veteran ATM:
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak;
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

Cara Memohon Bantuan Sara Hidup

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan JHEV, permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 secara lengkap oleh pemohon sendiri atau warisnya.

Segala keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.

Semua permohonan mestilah dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran. Setiap permohonan yang dihantar akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).

Bagi setiap permohonan yang diluluskan, ia akan berkuatkuasa selama tiga tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan itu akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima Bantuan Sara Hidup itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.

Veteran ATM bagaimanapun boleh mengemukakan permohonan untuk melanjutkan bayaran BSH sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat tempoh tiga tahun itu.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JHEV – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Dalam masa sama, terdapat juga Bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada anak-anak Veteran ATM sebagai galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.

Institusi Pengajian Tinggi itu merangkumi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta kursus-kursus yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) sahaja dan tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM1,000 untuk pengajian peringkat Diploma dan RM1,500 untuk pengajian peringkat Ijazah Pertama.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Veteran ATM:
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa;
  • Tidak diberhentikan di bawah kes tatatertib;
  • Kelayakan anak yang menyambung pelajaran:
    • Umur bagi anak veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran / kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi;
    • Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama ditawarkan didalam negara sahaja;
    • Semua permohonan Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 30 September setiap tahun. Ini adalah untuk memastikan pembayaran dapat dibuat pada tahun semasa tertakluk kepada peraturan kewangan yang berkuat kuasa;
    • Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja sama ada di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama;
    • Semua kursus pengajian di IPT luar Negara tidak layak dipertimbangkan;
    • Semua kursus pengajian professional tidak layak dipertimbangkan;
    • Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah tidak layak.

 

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JHEV – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…