Bantuan SEDA RM500 kepada yang berkelayakan: Ini cara semak kelulusan bantuan

Seperti mana yang ramai telah sedia maklum, beberapa buah negeri di Malaysia telah dilanda bencana banjir baru-baru ini dan tidak kurang juga yang terkesan akibat kerosakan harta benda.

Prihatin terhadap apa yang berlaku, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) telah memperkenalkan Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi membantu mangsa-mangsa yang terkesan dengan kejadian banjir dan mengalami kerugian akibat kerosakkan peralatan elektrik.

Dari program bantuan ini, mereka yang layak boleh menerima rebat (bukan tunai) sebanyak RM500 bagi membeli peralatan elektrik untuk kegunaan harian. Antara peralatan elektrik yang terlibat adalah:

  • Peti Sejuk
  • Mesin Basuh
  • Kipas
  • Lampu
  • Periuk Nasi
  • Televisyen
  • Seterika
  • Ketuhar Elektrik
  • Pengisar
  • Cerek Elektrik
  • Penyedut hampagas
  • Dapur elektrik
  • Ketuhar Gelombang Mikro
  • Penyejuk beku (Freezer)
  • Penghawa dingin

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pengguna/pemilik akaun elektrik (domestik) dengan syarikat utiliti elektrik;
  • Kediaman dimasuki atau ditenggelami air ketika banjir dan tersenarai sebagai Mangsa Bencana.

Cara Menebus

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, penebusan rebat boleh dibuat, sama ada melalui pembelian di Kedai/Pasar Raya Berdaftar atau secara atas talian (online).

Bagi pembelian di kedai atau pasar raya, ia boleh dibuat di premis-premis yang terlibat dengan program ini (KLIK SINI – untuk senarai).

Manakala, untuk pembelian secara atas talian:

  • Langkah 1: Pilih mana-mana platform e-dagang yang tersenarai (Shopee, Lazada atau PG Mall) dan hanya klik pada logo e-dagang pilihan.
  • Langkah 2: Pilih Kedai Berdaftar dalam platform e-dagang dan hubungi/chat bersama pekedai untuk menyemak kelayakan anda.

Semakan Kelayakan

Bagi membuat semakan kelayakan dan kelulusan untuk mendapatkan bantuan rebat ini, ia boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Pengguna hanya perlu mengisi maklumat – Nombor Akaun Elektrik, Nombor Kad Pengenalan dan Syarikat Utiliti Elektrik di ruang yang disediakan, serta klik butang ‘SEMAK’.

Bagi maklumat terperinci dan lengkap berkenaan bantuan ini, ia boleh dirujuk di portal rasmi SEDA atau DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bayaran STR Fasa 3 Tahun 2025: Semakan Status Kelayakan

Bayaran STR Fasa 3 Tahun 2025: Semakan Status Kelayakan

Dalam landskap ekonomi Malaysia yang semakin mencabar, dua kelompok masyarakat yang sering menjadi tumpuan dasar kerajaan ialah golongan B40 dan…
Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mei 2025: Gaji RM3,320 - RM22,040

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mei 2025: Gaji RM3,320 - RM22,040

Pada ketika ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong…
Senarai Bantuan Bulanan JKM RM100 - RM1,000 Tahun 2025: Permohonan Masih Dibuka

Senarai Bantuan Bulanan JKM RM100 - RM1,000 Tahun 2025: Permohonan Masih Dibuka

Golongan B40 merujuk kepada 40% rakyat Malaysia yang berada dalam kumpulan pendapatan terendah. Mereka merupakan sebahagian besar daripada masyarakat yang…