Bantuan sehingga RM1,300 pada Ogos, November & Disember 2021: Syarat-syarat & jadual bayaran

Seperti mana yang semua sedia maklum, melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) – kerajaan telah memperkenalkan pelbagai pakej bantuan bagi meringankan beban mereka yang terjejas.

Antara yang diperkenalkan termasuklah Bantuan Khas C-19 (BKC) bagi golongan Miskin Tegar, B40 dan M40.

Melalui bantuan ini, mereka yang layak tidak perlu membuat sebarang permohonan kerana ia akan disalurkan berdasarkan data sedia ada iaitu:

  • Miskin tegar – Permohonan BPR 2021
  • B40 – Permohonan BPR 2021
  • M40 – Percukaian (LHDNM)

Bayaran BKC

Bantuan BKC adalah berbeza-beza berdasarkan kelayakan penerima, ia adalah seperti berikut:

Isi Rumah

  • Miskin tegar – RM1,300
  • B40 – RM800
  • M40 – RM250

 

Warga Emas sebatang kara (WE)

  • Miskin tegar – RM500
  • B40 – RM200
  • M40 – RM100

 

Bujang 

  • Miskin tegar – RM500
  • B40 – RM200
  • M40 – RM100

Jadual pembayaran

Berkenaan dengan kaedah pembayaran, ia akan dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:

  • Miskin tegar dan B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
  • M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian

 

Tentang penjadualan pembayaran BKC pula, ia adalah seperti yang dilampirkan:

Semakan BKC

Buat masa ketika artikel ini ditulis, masih belum dimaklumkan tentang tatacara semakan BKC dan menurut pihak LHDNM – ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Penerima disarankan untuk peka dengan sebarang pemakluman yang dilakukan oleh pihak kerajaan berkenaan BKC ini. Untuk maklumat lanjut tentang BKC – KLIK SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…