Bantuan sehingga RM1,400: Syarat-syarat & tarikh bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 3

Seperti mana yang diumumkan di bawah Belanjawan 2021, kerajaan telah pun melaksanakan program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) di peringkat Fasa 1 serta Fasa 2 pada Februari dan Mei tahun ini.

BPR diperkenalkan sebagai salah satu usaha untuk membantu golongan B40 dan M40 ketika berdepan dengan hambatan pandemik di negara ini.

Setelah tamat Fasa 1 dan Fasa 2, nampaknya kini mereka yang layak bakal menerima BPR Fasa 3. Berikut adalah perinciannya:-

Kadar BPR Fasa 3

Untuk makluman, BPR Fasa 3 tidak melibatkan golongan bujang kerana mereka hanya layak untuk menerima pembayaran di Fasa 1 dan Fasa 2 sahaja.

Oleh itu, Fasa 3 ini hanya akan melibatkan isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM2,500 sehingga RM5,000 sebulan.

Bagi isi rumah yang menerima bayaran Fasa 1 BPR 2021, berikut adalah bayaran untuk Fasa 3:

Manakala, untuk Permohonan Baharu BPR 2021/Bukan Penerima Fasa 1, jumlah bayaran adalah seperti berikut:

Tarikh pembayaran

Berdasarkan ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) – pembayaran BPR Fasa 3 akan dilaksanakan pada September 2021.

Bagaimanapun, tarikh pembayaran masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan, dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan BPR, boleh rujuk di laman rasminya – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…