Bantuan sehingga RM350 sebulan: Syarat-syarat & cara memohon Bantuan Am Persekutuan

Selaras dengan usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak kerajaan telah memperkenalkan skim Bantuan Am Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Melalui skim bantuan ini, mereka yang layak boleh menerima bantuan seperti berikut:

  • RM100 sebulan (seorang)
  • Maksimum RM350 sebulan (sekeluarga)

 

Tujuan utama pelaksanaan skim bantuan ini adalah bagi membantu menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga yang layak.

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain

 

Bagi maklumat kelayakan bantuan dengan lebih lanjut dan terperinci, pemohon disarankan untuk pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat atau menghubunginya mengikut daerah tempat tinggal pemohon (KLIK SINI untuk senarai No Tel).

Cara memohon

Untuk mereka yang ingin memohon, permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dengan tempat tinggal pemohon.

Pemohon juga boleh mengisi borang permohonan – KLIK SINI. Bagi memudahkan proses permohonan, pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Selain itu, permohonan turut boleh dibuat secara atas talian (online) di portal: eBantuanJKM.

Bagaimanapun, pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat di atas talian.

Kegagalan berbuat demikian akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Untuk maklumat skim bantuan ini secara rasmi, boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

RM3,000 Telah Dibayar Terus Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Januari 2025): Maklumat Bantuan BKK 2025

RM3,000 Telah Dibayar Terus Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Januari 2025): Maklumat Bantuan BKK 2025

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, bantuan kewangan daripada kerajaan dan organisasi lain menjadi penyelamat kepada ramai individu dan keluarga. Bantuan…
RM100 Telah Mula Dikreditkan Ke Kad Pengenalan/MyKad Penerima: Ini Cara Menggunakannya

RM100 Telah Mula Dikreditkan Ke Kad Pengenalan/MyKad Penerima: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40, atau 40 peratus kumpulan isi rumah dengan pendapatan terendah di Malaysia, sering menjadi tumpuan utama dalam pelbagai dasar…
Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…