Bantuan sehingga RM8,000 kepada B40: Syarat-syarat & cara tuntutan perlindungan mySalam

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, kerajaan telah memperkenalkan program mySalam iaitu sebuah inisiatif yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada rakyat Malaysia khususnya untuk golongan B40.

Melalui mySalam, antara bantuan yang diberikan adalah:

  • Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal (RUJUK SINI untuk senarai).
  • Pendapatan elaun gantian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital kerajaan, hospital tentera dan hospital universiti.

Syarat-syarat kelayakan

Bantuan mySalam adalah terbuka kepada para penerima Bantuan Sara Hidup (BSH):

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Tatacara membuat tuntutan

Tuntunan penyakit kritikal:

  • Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
  • Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

Tuntutan hospitalisasi:

  • Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Salinan Nota Discaj
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Semakan mySalam

Untuk setiap tuntutan, anggaran masa pemprosesan adalah selama sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.

Semakan kelayakan mySalam juga boleh dibuat DI SINI dengan mengisi No Kad Pengenalan di ruang yang disediakan. Bagi maklumat lebih terperinci berkenaan program ini, ia boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Permohonan Rumah RMR 2025 Masih Dibuka

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Permohonan Rumah RMR 2025 Masih Dibuka

Memiliki rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Ia melambangkan kestabilan, pencapaian peribadi, dan jaminan masa depan. Namun, realitinya, proses…
Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia (JLM): Permohonan Dibuka Sehingga 09 Mei 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia (JLM): Permohonan Dibuka Sehingga 09 Mei 2025

Pada ketika ini, Jabatan Laut Malaysia (JLM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bergelar suami isteri adalah detik indah yang dinantikan oleh ramai pasangan. Namun, selepas majlis tamat, bermulalah satu fasa kehidupan yang…