bantuan sekaligus

Bantuan sekaligus (one-off) RM2,700 untuk kategori B40: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Pada tahun 2024 ini, pelbagai bantuan-bantuan kewangan yang ditruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan ‘one-off’ RM2,700

Salah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh JKM adalah Geran Pelancaran dengan kadar sebanyak RM2,700 secara sekaligus (one-off).

Tujuan utama bantuan kewangan ini adalah bagi memperkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu atau keluarga.

Selain itu, ia juga adalah untuk mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

Cara Memohon

Seperti mana yang dinyatakan dalam syarat-syarat kelayakan, Geran Pelancaran hanya terbuka kepada kumpulan sasar JKM.

Oleh itu, mereka yang layak memohon adalah terdiri daripada para penerima bantuan JKM sedia ada sahaja. Untuk yang bukan kumpulan sasar JKM, mereka perlu membuat permohonan bantuan bulanan JKM terlebih dahulu.

Sekiranya layak dan diluluskan permohonan, maka barulah mereka layak memohon bantuan Geran Pelancaran ini.

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen berkaitan bagi memudahkan permohonan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…