bantuan sekaligus

Bantuan Sekaligus RM2,700 untuk penerima B40 berkelayakan: Berikut cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan Sekaligus RM2,700

Bantuan sekaligus (one-off) sebanyak RM2,700 diperkenalkan oleh JKM dan dikenali sebagai Geran Pelancaran. Tujuan utama bantuan ini diperkenalkan adalah:

  • Bagi memperkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga;
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

Cara Memohon

Untuk makluman, seperti mana yang dinyataka di syarat-syarat kelayakan, bantuan Geran Pelancaran ini hanya terbuka kepada kumpulan sasa JKM.

Ini bermakna, mereka yang layak memohon adalah penerima bantuan JKM sedia ada sahaja. Oleh hal demikian, bagi yang bukan kumpulan sasar JKM, mereka perlu membuat permohonan bantuan bulanan JKM terlebih dahulu.

Sekiranya layak dan diluluskan permohonan, maka barulah mereka layak memohon bantuan Geran Pelancaran ini.

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen berkaitan bagi memudahkan permohonan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pada ketika ini, Kementerian Komunikasi (Pengisian Di Istana Budaya) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…