skk

Bantuan SKK RM1,000 ‘one-off’ untuk setiap penerima STR: Ini cara buat tuntutan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh Kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Antara yang diperkenalkan itu termasuklah bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Berikut adalah maklumat lnjut berkenaan sumbangan kewangan ini: –

Bantuan SKK untuk penerima STR

STR pada asasnya merupakan bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40. Ia diberikan dengan kadar tertentu berdasarkan tangga pendapatan dan tanggungan setiap kategori.

Ketegori penerima pula merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang. Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga memperkenalkan Skim Khairat Kematian (SKK) kepada setiap penerima STR.

SKK layak dituntut sekiranya Permohonan STR 2024 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024.

SKK ini berikan kepada waris penerima STR dengan kadar RM1,000 sebagai usaha mengurangkan beban mereka.

Cara tuntut SKK

Tuntutan SKK boleh dibuat oleh waris mengikut urutan berikut:

  • Pasangan
  •  Ibu
  •  Bapa
  • Anak
    • Anak Kandung
    • Anak Tiri
    • Anak Angkat
  • Adik-Beradik
  • Cucu

Untuk makluman, tiada had umur kelayakan seseorang untuk menjadi waris kepada pemohon STR 2024. Akan tetapi, waris yang berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan dokumen pertalian perlu di bawa serta hadir bagi pengesahan cap jari / tandatangan individu di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Oleh itu, pemohon STR disarankan untuk mengisi maklumat waris dalam Permohonan STR 2024 bagi memudahkan urusan tuntutan SKK.

Tuntutan SKK boleh dibuat di cawangan-cawangan BSN dengan membawa dokumen-dokumen berikut:

  • Sijil Kematian Pemohon / Pasangan;
  • Kad Pengenalan asal Waris; dan
  • Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN.

BANYAK LAGI INFO TERKINI DI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lengkap berkenaan SKK boleh dirujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…