Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya termasuklah bantuan-bantuan kepada golongan B40 dan M40 di bawah Belanjawan 2024.
Seperti mana yang semua sedia maklum, pada tahun ini pihak Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pemberian SKK kepada setiap penerima bantuan itu. Berikut adalah malumat lanjut berkenaan bantuan ini: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR adalah bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 dalam mendapani kenaikan kos sara hidup. Bantuan ini juga telah ditambah baik sesuai dengan langkah Kerajaan yang melaksana penyasaran semula subsidi.
Bagi tahun 2024 ini, kelayakan STR ditetapkan seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Had umur adalah 21-59 tahun;
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga memperkenalkan bantuan tambahan kepada penerima STR yang dikenali sebagai Skim Khairat Kematian (SKK).
Bantuan SKK kepada penerima STR
Skim Khairat Kematian (SKK) adalah layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2024 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh
1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024.
Kadar SKK adalah sebanyak RM1,000 secara sekaligus (one-off). Syarat-syarat kelayakan SKK secara lebih jelas pula adalah seperti berikut:
- Penerima STR kategori Isi Rumah, Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan;
- SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia;
- Meninggal dunia pada tahun 2024; Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK;
- Waris hendaklah yang berdaftar di dalam borang permohonan STR sahaja.
Tuntutan SKK
Bagi tuntutan SKK, ia boleh dibuat oleh waris yang layak didaftarkan semasa Permohonan STR 2024 dan merangkumi pasangan; ibu; bapa; anak (anak kandung, anak tiri, anak angkat) adik-beradik dan cucu.
Tuntutan SKK itu boleh dilaksanakan di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
- Sijil Kematian Pemohon / Pasangan; dan
- Kad Pengenalan asal Waris; dan
- Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN.
Manakala, bagi waris berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan dokumen pertalian perlu di bawa serta hadir bagi pengesahan cap jari / tandatangan individu di kaunter BSN.
Oleh hal demikian, setiap pemohon STR disarankan untuk mengemaskini maklumat waris dan diisi dalam Permohonan STR 2024 bagi memudahkan urusantuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) / Penunaian STR. Wakil tuntutan adalah terhad sekiranya pemohon / pasangan berdaftar tidak dapat hadir atas alasan munasabah bagi urusan berkenaan.
Waris yang layak didaftarkan semasa Permohonan STR 2024 adalah seperti berikut:
- Pasangan
- Ibu
- Bapa
- Anak
- Anak Kandung
- Anak Tiri
- Anak Angkat
- Adik-Beradik
- Cucu
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan SKK, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.