Dapat RM100 pada bulan kelahiran penerima: Bantuan SMUE boleh dimohon mulai hari ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui sebuah skim bantuan yang dikenali sebagai Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang bertujuan membantu golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang berkelayakan.

Bantuan ini membabitkan pemberian baucar beli-belah bernilai RM100 pada bulan kelahiran penerima dan khairat kematian bernilai RM500.  Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

Kategori Warga Emas

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
  • Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
  • Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja);
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

 

Kategori OKU

  • Warganegara Malaysia;
  • Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
  • Tiada had umur bagi yang lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
  • Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja);
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan SMUE atau secara manual dengan mengisi Borang Permohonan SMUE.

Dokumen sokongan yang lengkap perlu dihantar bersama borang permohonan, manakala bagi permohonan atas talian borang permohonan perlu dicetak setelah mengisi maklumat permohonan.

Permohonan secara atas talian perlu mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh 14 hari setelah permohonan dibuat.

Ia hendaklah dihantar ke Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) atau pusat Khidmat Masyarakat terdekat.

Maklumat lengkap berkenaan SMUE boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Penerangan Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
RM300 Dikreditkan Setiap Bulan Secara Automatik: Ini Maklumat Bantuan e-Wallet BINGKAS

RM300 Dikreditkan Setiap Bulan Secara Automatik: Ini Maklumat Bantuan e-Wallet BINGKAS

Dalam kesibukan menjalani kehidupan moden, keperluan harian sering kali dianggap sesuatu yang biasa dan kurang diberi perhatian. Namun, tanpa kita…
RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

Dalam konteks ekonomi Malaysia, istilah “B40” merujuk kepada kumpulan 40% rakyat yang berpendapatan terendah dalam negara. Menurut data rasmi, B40…