Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.
Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada asasnya merupakan bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 berkelayakan di negara ini. Bantuan ini telah pun disalurkan kepada yang layak bagi Fasa 1 hingga Fasa 3.
Pembayaran Fasa 3 telah pun selesai diagihkan sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha yang lalu. Manakala, ketika ini hanya berbaki Fasa 4 sahaja yang belum dikreditkan kepada para penerima yang layak.
STR Fasa 4
Bagi pembayaran STR Fasa 4 untuk isi rumah berpendapatan RM2,500 & ke bawah, kadarnya adalah sebanyak RM200 sehingga RM1,200.
Berikut senarai penerima STR Fasa 4 bagi setiap kategori penerima berdasarkan pendapatan:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4: RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan maklumat yang dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 4 akan dibuat pada bulan November 2023.
Namun begitu, tarikh rasmi atau sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.