Terbuka untuk yang berumur bawah 55 tahun: Ini cara mendaftar sumbangan RM480 dari KWSP

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia. Ia ditubuhkan bagi membantu tenaga kerja di Malaysia menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

Akan tetapi, bukan semua rakyat Malaysia menjadi ahli tabung kewangan ini, terutamanya golongan suri rumah yang tidak bekerja formal. Sedar dengan perkara itu, pihak KWSP telah memperkenalkan sebuah program iaitu Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP.

Faedah-Faedah Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 /setahun;
  • Menerima dividen tahunan KWSP;
  • Bantuan Kematian sebanyak RM2,500;
  • Bantuan Hilang Upaya sebanyak RM5,000;
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR);
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2021;
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

Cara Mendaftar

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, pendaftaran program ini boleh dibuat melalui kios atau kaunter KWSP yang berhampiran.

Berkenaan dengan pembayaran caruman pula, ia boleh dibuat melalui pelbagai saluran iaitu:

  • Perbankan internet;
  • Kaunter Ejen Bank;
  • Kaunter KWSP;
  • Ejen Bank Berdaftar (EBB).

 

Untuk maklumat lengkap dan lanjut berkenaan program ini, ia boleh dirujuk di portal rasmi KWSP atau DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong POS Malaysia Berhad: Tawaran Gaji Sehingga RM2,499

Jawatan Kosong POS Malaysia Berhad: Tawaran Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, POS Malaysia Berhad kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Di Malaysia, golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah yang berada pada kedudukan terendah dari segi pendapatan. Mereka kebiasaannya…
RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Berdasarkan data rasmi, isi…