Bantuan tablet percuma untuk B40 pada tahun ini: Tarikh mula pendaftaran

Dalam pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2021 lalu – pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

Antara yang diperkenalkan adalah program PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) daripada kalangan kumpulan B40.

Melalui bantuan ini, setiap pelajar IPT B40 akan menerima tablet percuma dengan peruntukan sebanyak RM450 juta. Dalam masa sama, syarikat-syarikat telekomunikasi juga akan turut menyumbang sekitar RM65 juta dalam program sama.

Oleh hal demikian, dianggarkan seramai 600,000 pelajar IPT daripada keluarga B40 akan menerima manfaat ini pada tahun 2022.

Menurut Tengku Zafrul, program pemberian tablet percuma ini diharapkan dapat membantu para mahasiswa meneruskan pengajian mereka dalam norma yang baharu.

Tarikh Pendaftaran

Di samping itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan membantu dalam menyelaraskan pelaksanaan Pakej Peranti Siswa Keluarga Malaysia ini.

Menurut SKMM, tempoh pendaftaran bagi pakej bantuan itu akan bermula pada suku kedua tahun 2022 (April – Jun 2022) dan ia akan dilaksanakan bersama penyedia perkhidmatan mudah alih di negara ini.

Antara penyedia perkhidmatan yang terlibat adalah:

  • Celcom Axiata Berhad (Celcom);
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi);
  • Maxis Berhad (Maxis);
  • U Mobile Sdn Bhd (U Mobile);
  • Telekom Malaysia Berhad (TM);
  • YTL Communications Sdn Bhd (YES).

 

Di samping itu, Bajet 2022 turut melibatkan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar sekali bayar sebanyak RM100 kepada para guru.

Ia diberikan sebagai menghargai terhadap peranan para guru ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebelum ini.

Untuk melibat pelbagai lagi insentif di bawah Bajet 2022, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…