bantuan tambahan

Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya termasuklah bantuan-bantuan kepada golongan B40 dan M40 di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat.

Antaranya adalah apabila pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelbagai jenis bantuan kewangan sebelum ini, termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Berikut adalah malumat lanjutnya: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah sebuah bantuan tunai kepada rakyat Malaysia dari kalangan berpendapatan sederhana (M40) dan rendah (B40). Bantuan ini juga diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat dalam menghadapi kos sara hidup dan perbelanjaan seharian.

Mereka yang layak menerima STR perlu menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

Bantuan Tambahan STR RM1,000

Selain itu, terdapat juga sebuah bantuan tambahan kepada para penerima STR yang dikenali sebagai Skim Khairat Kematian (SKK). Skim ini pada asasnya sebuah manfaat yang diberikan kepada setiap penerima STR dan pasangannya yang meninggal dunia dalam tempoh 01 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024.

Kadar SKK yang ditetapkan adalah sebanyak RM1,000 ‘one-off’. Syarat-syarat kelayakan SKK ini pula adalah seperti di bawah:

  • Penerima STR kategori Isi Rumah, Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan;
  • SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia;
  • Meninggal dunia pada tahun 2024; Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK;
  • Waris hendaklah yang berdaftar di dalam borang permohonan STR sahaja.

 

Bagi urusan tuntutan SKK itu, ia boleh dibuat oleh waris yang layak didaftarkan semasa Permohonan STR 2024. Mereka adalah pasangan; ibu; bapa; anak (anak kandung, anak tiri, anak angkat) adik-beradik dan cucu.

Tuntutan SKK itu boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa dokumen-dokumen berikut:

  • Sijil Kematian Pemohon / Pasangan; dan
  • Kad Pengenalan asal Waris; dan
  • Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN.

 

Bagi waris yang berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan dokumen pertalian perlu di bawa serta hadir bagi pengesahan cap jari / tandatangan individu di kaunter BSN.

JOM SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Oleh itu, setiap penerima STR sangat disarankan untuk mengemaskini maklumat waris bagi memudahkan urusan tuntutan SKK sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Jika terdapat perbezaan nama tetapi Nombor Pengenalan waris yang didaftarkan adalah betul, penunaian boleh dilakukan di BSN.

Akan tetapi, sekiranya Nombor Pengenalan waris yang didaftarkan salah, anda perlu hadir ke LHDNM beserta Borang Kegagalan Tuntutan Sumbangan Tunai Rahmah / SKK yang dikeluarkan oleh BSN untuk pengesahan maklumat.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengeluaran penuh Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP 2024: Syarat-syarat & Cara Memohon

Pengeluaran penuh Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP 2024: Syarat-syarat & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
LADA buka banyak jawatan kosong, ambilan Julai 2024: Minima PMR/SPM, Gaji sehingga RM9,585

LADA buka banyak jawatan kosong, ambilan Julai 2024: Minima PMR/SPM, Gaji sehingga RM9,585

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kini sedang membuka pengambilan banyakJ jawatan kosong bagi melancarkan…
Bantuan RM250 Sekaligus (one-off): Syarat-Syarat, Borang Permohonan & Cara Memohon

Bantuan RM250 Sekaligus (one-off): Syarat-Syarat, Borang Permohonan & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…