bantuan tapem

Bantuan TAPEM RM400 – RM1,000 secara ‘one-off’: Senarai yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan tunai sebanyak RM400 hingga RM1,000 secara ‘one-off’ kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-

Bantuan TAPEM RM400 – RM1,000

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Ke Institusi Pengajian Tinggi.

Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM400 hingga RM1,000 mengikut pecahaan berikut:

  • Diploma: RM400
  • Ijazah: RM600
  • Sarjana: RM600
  • PhD: RM600

 

Manakala, bagi mereka yang memasuki Universit Melaka (UNIMEL) dan Melaka International College Of Science and Technology (MiCoST) kadar Bantuan Ke Institusi Pengajian Tinggi untuk semua peringkat adalah sebanyak RM1,000.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon lahir di negeri Melaka dan
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka dan
  • Bermastautin di Negeri Melaka dan
  • Pengundi di Negeri Melaka.
  • Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  • Permohonan boleh dibuat bagi kemasukan kali pertama untuk setiap satu tahap pengajian sahaja.
  • Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pendaftaran di IPT.
  • Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa merupakan penjawawt awam atau anggota pasukan beruniform telah berkhidmat dan telah bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta disahkan oleh Majikan dan;
  • Pemohon/ibubapa (BUKAN LAHIR DI MELAKA) layak dipertimbangkan jika telah bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka dengan melampirkan 1 salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas) / Pengerusi Japerun/ Pengerusi Penyelaras Japerun/ Penghulu / Pengerusi JPKK/ Sidang.
  • Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak dipertimbangkan.
  • Permohonan Yang Tidak Lengkap Dan Tidak Mengikut Syarat, Permohonan Tidak Di Pertimbangkan. (borang permohonan secara online perlu dihantar bersama dokumen sokongan).

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem eTAPEM.

Permohonan kemudiannya perlu dicetak dan dihantar bersama dokumen sokong ke pejabat TAPEM.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini,sila rujuk di Portal Rasmi TAPEM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…