Bantuan telefon percuma & internet serendah RM10/sebulan untuk rakyat Malaysia

Dalam usaha membantu dan memudahkan urusan rakyat, pihak kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah memperkenalkan dua pakej bantuan iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia.

Berikut adalah penjelasan berkenaan dua pakej ini:-

Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Pakej ini adalah sebuah pakej prabayar baru khusus bagi membantu golongan remaja dan pelajar memperoleh akses internet untuk pembelajaran dalam talian dari rumah. Tawaran pakej ini ialah:

  1. Data 20GB untuk 3 bulan dengan hanya RM10/sebulan (dibayar untuk 3 bulan/RM30) untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta internet asas tanpa had.
  2. Bagi data 20GB, ianya boleh digunakan untuk aktiviti seperti muat turun video ataupun permainan dalam talian. Ia boleh membantu pengguna untuk merehatkan diri dengan kebolehan akses kepada hiburan.
  3. Pakej ini termasuk 1GB data harian (sebanyak 90GB untuk 3 bulan) percuma untuk aktiviti produktiviti.

 

Pakej ini layak untuk golongan remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah.

Pakej Peranti Keluarga Malaysia

Pakej ini pula merupakan sebuah inisiatif yang membolehkan semua warganegara Malaysia untuk memiliki/menaik taraf peranti mudah alih terpilih yang bertaraf 4G VoLTE secara percuma. Pengguna akan mendapat manfaat-manfaat berikut:

  1. Memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih 4G dan VoLTE.
  2. Harga RM0 untuk peranti yang dapat dimiliki dengan langganan bulanan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan (tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggani).
  3. Pakej ini termasuk 1GB data harian percuma untuk aktiviti produktiviti.

 

Kelayakan pakej ini adalah terbuka untuk setiap warganegara Malaysia. Setiap pengguna yang layak boleh melanggan sehingga dua (2) pakej dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.

Cara Memohon

Kepada yang berminat untuk mendapatkan pakej-pakej ini, ia boleh dibuat dengan mengemukakan pendaftaran kepada pihak penyedia perkhidmatan terlibat, seperti:

  • Celcom Axiata Berhad (Celcom);
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi);
  • Maxis Berhad (Maxis);
  • U Mobile Sdn Bhd (U Mobile);
  • Telekom Malaysia Berhad (TM);
  • YTL Communications Sdn Bhd (YES).

 

Pengguna juga boleh melayari portal-portal rasmi penyedia-penyedia perkhidmatan di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pakej yang disediakan itu.

Tempoh mendaftar untuk pakej ini adalah selama 6 bulan, mulai 15 Oktober 2021 sehingga 15 April 2022.

Untuk maklumat lanjut dan terperinci berkenaan kedua-dua pakej ini, ia boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…
Permohonan Bantuan RM600 Setiap Bulan Masih Dibuka: Umur 60 Tahun & Ke Atas Boleh Memohon

Permohonan Bantuan RM600 Setiap Bulan Masih Dibuka: Umur 60 Tahun & Ke Atas Boleh Memohon

Warga emas merupakan golongan yang amat dihormati dan dihargai dalam masyarakat, kerana mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan jasa semasa…
Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan Universiti Malaya (UM): Senarai Jawatan & Cara Memohon

Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan Universiti Malaya (UM): Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…