bantuan tunai

Bantuan Tunai BAP RM500 setiap bulan untuk tahun 2023: Cara semak sama ada layak atau tidak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan kewangan sebanyak RM250 hingga RM500 yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Bantuan RM500 Setiap Bulan

Bantuan yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Anak Pelihara atau ringkasannya BAP. Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM250 sebulan untuk seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

Objektif utama bantuan ini adalah:

  • Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara;
  • Meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:
    • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
    • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
    • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
    • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuaan kewangan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Pemohon juga dikehendaki membawa salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan ketika membuat permohonan.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) 2025: Kelayakan Minima STPM/Diploma

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) 2025: Kelayakan Minima STPM/Diploma

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan Bil Air Percuma Sepanjang Tahun: Berikut Cara Memohon Program Bantuan SADE

Bantuan Bil Air Percuma Sepanjang Tahun: Berikut Cara Memohon Program Bantuan SADE

Air merupakan salah satu keperluan asas yang amat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa bekalan air yang mencukupi dan bersih,…
Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pada ketika ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…