BIB

Bantuan Tunai BIB RM450 Secara ‘One-Off’: Pembayaran Dibuat Dalam 7 – 14 Hari Bekerja

Proses kehamilan dan kelahiran adalah pengalaman yang penuh cabaran dan keajaiban bagi seorang wanita. Ia bukan sahaja menuntut pengorbanan fizikal dan emosi, tetapi juga membawa pelbagai tanggungjawab baru dalam kehidupan seorang ibu.

Dalam situasi ini, sokongan yang tepat amat penting untuk memastikan ibu dan bayi mendapat penjagaan serta perhatian yang sewajarnya. Menyedari keperluan ini, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada ibu bersalin.

Selain itu, akses kepada kemudahan kesihatan berkualiti melalui klinik dan hospital kerajaan membantu ibu menerima rawatan terbaik sepanjang tempoh mengandung dan selepas bersalin.

Kerajaan juga memberi perhatian kepada aspek kesihatan mental ibu bersalin melalui program sokongan komuniti dan kaunseling, memastikan ibu tidak merasa keseorangan dalam perjalanan menjadi ibu. Malah, bagi wanita yang bekerja, polisi seperti cuti bersalin berbayar memastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk pulih dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu bersama bayi mereka.

Semua inisiatif ini adalah usaha kerajaan untuk memastikan kesejahteraan ibu bersalin di Malaysia. Dalam masa sama, pada ketika ini terdapat sebuah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Ibu Bersalin (BIB). Berikut adalah maklumat lamjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

Bantuan Ibu Bersalin atau BIB merupakan sebuah bantuan tunai yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak. Bantuan ini pada asasnya bagi membantu keperluan ibu selepas melahirkan anak seperti pemakanan sihat serta penjagaan diri semasa tempoh berpantang.

Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM450 dan diberikan secara sekaligus (one-off). Ini pula adalah maklumat syarat-syarat kelayakan BIB:

  • Warganegara Malaysia;
  • Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak;
  • Ibu adalah pemegang MyKad Sarawak berstatus ‘K’ atau Isteri kepada pemegang MyKad Sarawak berstatus ‘K’;
  • Permohonan boleh dibuat bermula pada usia kandungan 22 minggu sehingga tempoh 3 bulan selepas bersalin;
  • Bermula tahun 2020, bantuan ini diberikan tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan Bantuan Ibu Bersalin ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) di iSarawakCare. Pemohon juga boleh memohon secara manual dengan mengisi Borang Pemohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) yang boleh didapati DI SINI.

Borang yang lengkap (sama ada secara atas talian atau manual) juga perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan kad pengenalan/pasport ibu;
  • Salinan kad pengenalan/pasport pasangan atau penjaga;
  • Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus “K”;
  • Salinan muka hadapan buku rekod kesihatan ibu mengandung;
  • Salinan penyata akaun bank terkini;
  • Salinan surat pengesahan doktor/nota discaj / sijil lahir bayi.

 

Permohonan manual kemudiannya boleh dihantar di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah atau Pejabat Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin, MASJA II (Kuching sahaja).

Bagi permohonan yang diluluskan, pembayaran bantuan ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima dalam tempoh masa 7 – 14 hari bekerja.

Diingatkan bahawa setiap permohonan wajib dibuat bermula pada usia kandungan 22 minggu sehingga tempoh 3 bulan selepas bersalin.

Permohonan BIB hanya sah bagi tempoh enam bulan dari tarikh anda memohon. Sekiranya tiada dokumen lengkap yang diterima dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan ditolak secara automatik tanpa sebarang notifikasi dihantar.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi yang telah membuat permohonan, semakan status kelulusan boleh dibuat dengan cara berikut:

  • WhatsApp: +6014-6881398 (mesej sahaja)
  • Laman web iSarawakCare (bagi permohonan online)
  • Hubungi Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB) melalui e-mel: [email protected]

 

Untuk maklumat lebih lengkap dan tepat berkenaan Bantuan Ibu Bersalin (BIB), sila rujuk di Portal Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

RM1,000 Diberikan Ke Akaun Bank Setiap Bulan: Maklumat Penerima Bulan Ini (Disember 2024)

RM1,000 Diberikan Ke Akaun Bank Setiap Bulan: Maklumat Penerima Bulan Ini (Disember 2024)

Dalam era globalisasi dan urbanisasi yang pesat, kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi isu utama yang mempengaruhi kesejahteraan keluarga,…
Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM): Minima STPM/Diploma, Gaji Sehingga RM6,620

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM): Minima STPM/Diploma, Gaji Sehingga RM6,620

Pada ketika ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan RM800 Telah Mula Dikreditkan Ke Akaun Secara Berperingkat: Ini Senarai Penuh Penerima

Bantuan RM800 Telah Mula Dikreditkan Ke Akaun Secara Berperingkat: Ini Senarai Penuh Penerima

Musim tengkujuh sering kali membawa cabaran besar kepada rakyat Malaysia, terutamanya di kawasan yang kerap dilanda banjir. Hujan lebat yang…