RM300

Bantuan Tunai BSH RM300 akan dikreditkan setiap bulan: Berikut cara buat permohonan baru

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 yang dikreditkan setiap bulan kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini: –

Bantuan Tunai BSH

BSH pada asasnya merupakan bantuan bulanan sebanyak RM300 di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).

Tujuan utamanya adalah membantu para veteran ATM  yang memerlukan bagi meringankan bedan sara hidup harian mereka.  Bantuan kewangan bulanan ini diberi kepada Veteran ATM dengan tujuan untuk meringankan beban sara hidup harian.

MASUK SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Syarat-syarat Kelayakan

  • Veteran ATM:
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak;
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019.

Borang permohonan itu hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya dan segala maklumat yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.

Ia kemudiannya perlu dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.

Untuk makluman, setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat.

Permohonan akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JHEV – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…