rm150

Bantuan Tunai RM150 ‘one-off’ telah mula diagihkan: Senarai penuh penerima & cara pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah bantuan tunai RM150 yang diberikan secara ‘one-off’: –

Bantuan Tunai RM150

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Bantuan Awal Persekolahan atau BAP. Kadar bantuan tunai ini ditetapkan sebanyak RM150 dan diberikan secara ‘one-off’.

Mereka yang layak menerima bantuan tunai ini adalah para murid sekolah dari Darjah 1 (7 tahun) sehingga Tingakatan 5 (17 tahun). Untuk makluman, pemberian bantuan ini dibuat kepada semua murid, tanpa mengira pendapatan ibu bapa atau penjaga.

Oleh hal demikian, sekiranya sebuah keluarga memiliki 5 orang anak sedang bersekolah, mereka layak menerima jumlah keseluruhan sebanyak RM750 (RM150 setiap seorang).

Bantuan ini pada asasnya berobjektif untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

“KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” kata kementerian.

Pembayaran Bantuan Tunai

Untuk murid Darjah 2 sehingga Tingkatan 5 tahun 2024, pembayarannya telah pun dibuat pada bulan Januari lalu oleh pihak sekolah. Pembayaran itu melalui dua kaedah iaitu sama ada secara tunai atau dikreditkan ke akaun murid.

Manakala, untuk murid yang memasuki Darjah 1 tahun ini, pembayarannya akan mula dibuat pada 10 Mac 2024 secara berperingkat.

Dianggarkan lebih 11 ribu sekolah terlibat dan sekitar 4.6 juta orang murid layak menerima bantuan ini.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lengkap berkenaan Bajet 2024, boleh rujuk di Portal Rasmi Belanjawan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…