bantuan tunai

Bantuan Tunai RM300 telah dikreditkan kepada yang layak: Berikut senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan tunai RM300 yang diperkenalkan di bawah Bantuan Khas Penghargaan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini: –

Bantuan Tunai RM300

Ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 dan RM200.

Bantuan khas ini akan diberikan kepada mereka yang layak dalam ketegori berikut:

  • RM300: Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara dan Contract of Service dengan syarat bahawa pegawai masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023. Turut layak diberi kepada pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
  • RM200: Para pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

 

Selain itu, pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 10 Ogos dan telah dilantik sebelum 10 Ogos, dengan syarat tempoh kontrak telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut juga layak menerima bantuan khas ini.

Tarikh Pembayaran

Untuk makluman, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan pembayaran Bantuan Khas Penghargaan ini akan dilaksanakan pada 10 Ogos 2023.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Kaedah pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun bank penerima yang layak.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan kedua-dua bantuan ini, sila rujuk di kenyataan rasmi JPA – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…
Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah terendah. Kategori ini ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Median…
Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…