Ini cara memohon Bantuan YP RM300 – RM6,500 ‘one-off’ untuk isi rumah berpendapatan bawah RM5,000

Dalam usaha membantu dan menggalakkan pendidikan di kalangan masyarakat, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan (Negeri atau Persekutuan).

Antaranya termasuklah melalui bantuan yang dikenali sebagai Dermasiswa Yayasan Perak Dalam dan Luar Negara dari Yayasan Perak (YP) yang melibatkan sumbangan dari RM300 hingga RM6,500 secara ‘one-off’ kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam dan luar negara.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Nilai Bantuan & Syarat-syarat Kelayakan

Kadar bantuan bagi yang melanjutkan pelajaran Dalam Negara:

  • Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional): RM300
  • Diploma: RM500
  • Ijazah Sarjana Muda: RM1,000
  • Ijazah Sarjana (Master): RM1,500
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD): RM2,000

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Berikut adalah syarat-syarat kelayakannya: 

  • Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ke IPT yang tersenarai.
  • Permohonan Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah terbuka kepada pelajar SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA serta sama ada yang BEKERJA atau TIDAK BEKERJA;
  • Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun;
    • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak;
  • Isi rumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).

 

Kadar bantuan bagi yang melanjutkan pelajaran Luar Negara:

  • Diploma: RM1,500 (Kategori A) & RM2,500 (Kategori B)
  • Ijazah Sarjana Muda: RM3,000 (Kategori A) & RM5,000 (Kategori B)
  • Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah: RM4,000 (Kategori A) & RM6,500 (Kategori B)

 

Negara-negara bagi Kategori A

  • India
  • Pakistan
  • Thailand
  • Myanmar
  • Indonesia
  • Laos
  • Vietnam
  • Mesir

 

Negara-negara bagi Kategori B

  • Singapura
  • Amerika Syarikat
  • Arab Saudi
  • Emiriah Arab Bersatu
  • Jordan
  • Turki
  • China
  • New Zealand
  • Jerman
  • Perancis
  • Rusia
  • Sepanyol
  • United Kingdom
  • Jepun

 

Berikut adalah syarat-syarat kelayakannya: 

  • Pemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu SEMESTAR PERTAMA di TAHUN PERTAMA pengajian sahaja;
  • Mendapat tawaran melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  • Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar, Mobiliti Pelajar, Program Berkembar atau Latihan Industri di IPT luar Negara TIDAK termasuk dalam bantuan ini
  • Anak kelahiran Negeri Perak seperti ditetapkan di atas;
  • Isi rumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan dermasiswa ini boleh dibuat secara atas talian di Sistem Permohonan YP.

Dalam masa sama, pemohon dikehendaki meneliti dengan cermat dan mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh YP seperti mana yang dinyatakan di portal rasmi YP – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM500 dikreditkan setiap bulan kepada warga emas (60 tahun dan ke atas): Cara memohon

Bantuan RM500 dikreditkan setiap bulan kepada warga emas (60 tahun dan ke atas): Cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat  Persekutuan atau…
Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…