Pendapatan bawah RM4,849: Ini kategori mereka yang layak menerima bantuan YR RM5,400 setahun

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, banyak jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pelbagai pihak bagi membantu mereka yang memerlukan.

Ia temasuklah melalui Yayasan RISDA (YR) yang memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif. Salah satunya melalui sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup Pelajar UCAM (BSHPU).

Bantuan kewangan adalah bagi menampung perbelanjaan makan / minum, pembelian buku dan lain-lain kepada anak-anak pekebun kecil, anak-anak warga kerja RISDA / Syarikat Milikan RISDA (SMR) / pesara RISDA yang melanjutkan pengajian mereka di University College Agroscience Malaysia (UCAM). Ini adalah penjelasannya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Anak kepada : Pekebun Kecil / staf RISDA / SMR / pesara RISDA;
  • Keutamaan diberikan kepada anak Pekebun Kecil;
  • Pendapatan isi rumah RM4,849 dan ke bawah sebulan;
  • Bebas dari kesalahan dan tindakan tatatertib.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Kadar Bantuan

Kepada yang layak menerima bantuan kewangan ini, penerima akan mendapat bantuan kewangan sebanyak RM450/sebulan atau RM5,400 setahun.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan – permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA (pindaan 2022).

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen berikut:

  • Kad pengenalan pelajar;
  • Kad pengenalan ibu dan bapa / penjaga yang sah;
  • Sebarang dokumen pengesahan kelulusan tanam semula (Pekebun Kecil) atau Kad Pekerja/Pesara (warga RISDA/SMR/ Pesara);
  • Pengesahan pendapatan / penyata gaji yang telah disahkan;
  • Surat pengesahan pelajar UCAM.

 

Permohonan kemudiannya hendaklah dibuat melalui PT dan disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungajawab RISDA (PRN / PRD / PRJ / PRB atau Pengarah Bahagian / KPE SMR).

Bagi maklumat lengkap dan borang permohonan BSHPU, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…