Bantuan yuran TASKA RM100 setiap bulan: Ada anak bawah 4 tahun, layak memohon

Rentetan dengan keadaan ekonomi masyakat yang masih tidak menentu, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Skim Bantuan Asuh Pintar bagi meringankan beban ibu bapa yang perlu menghantar anak mereka ke TASKA atau Nurseri. Melalui skim ini, anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM100 setiap bulan dan bantuan yuran itu akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.

Berikut adalah syarat kelayakan skim bantuan:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia:
    • Dilahirkan dan menetap di Selangor; ATAU
    • Tidak dilahirkan di Selangor, tetapi telah menetap secara sah di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun (perlu mendapatkan pengesahan daripada Ketua Kampung/Pengerusi Taman Perumahan tempat di mana pemohon menetap)
  2. Syarat Pendapatan Isi Rumah mestilah RM5,000 ke bawah.
  3. Suami dan isteri bekerja.
  4. Anak berumur 4 tahun dan ke bawah.
  5. Terhad lepada 2 orang anak sahaja.
  6. Taska berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).
  7. Ibu bapa adalah pengundi berdaftar di SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia).
Bantuan ini khas untuk rakyat dan mereka yang menetap di Selangor sahaja. Gambar: Berita Harian.

Bagi mereka yang berkelayakan, pemohon boleh memohon bantuan ini secara atas talian di: http://asuhpintarv2.yawas.my/daftaronline.php

Antara dokumen sokongan yang wajib disertakan ketika membuat permohonan adalah:

  1. Borang pendaftaran online yang dicetak dari sistem
  2. Salinan sijil kelahiran anak yang dipohon
  3. Salinan Kad Pengenalan ibu bapa
  4. Slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja/suri rumah)
  5. Slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja/suri rumah)
  6. Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor)
  7. Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu bapa.

 

Dokumen – dokumen ini kemudiannya hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran atas talian dilakukan ke alamat:

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut. Contohnya, permohonan untuk manfaat bulan Mac 2021, perlulah dihantar sebelum atau pada 15 Mac 2021.

Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh layari laman web: Asuh Pintar atau hubungi talian 03-5481 8800

_________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…