Bantuan ‘one-off’ RM2,700 untuk jana pendapatan: Syarat-syarat & cara memohon

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi membantu dan meringankan beban mereka yang memerlukan.

Antaranya termasuklan Geran Pelancaran yang bertujuan untuk:

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

 

Melalui bantuan ini, mereka yang layak boleh menerima bantuan kewangan sebanyak RM2,700 secara ‘one-off’ atau sekaligus bagi menjana pendapatan mereka.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM).

 

Dalam masa sama, bantuan ini hanya terbuka untuk penerima bantuan JKM sedia ada sahaja. Oleh itu, sekiranya seseorang itu bukan penerima bantuan JKM, tetapi mahu memohon Geran Pelancaran – beliau boleh mengemukakan permohonan bantuan bulanan JKM terlebih dahulu.

Jika layak serta tersenarai sebagai penerima bantuan, maka bolehlah mengemukakan permohonan untuk bantuan Geran Pelancaran.

Cara Memohon

Kepada yang ingin memohon, permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dengan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan bagi memudahkan proses permohonan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada), dan
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

 

Alamat dan nombor telefon untuk cawangan-cawangan Pejabat Kebajikan Masyakat di seluruh negara boleh disemak – DI SINI.

Maklumat terperinci berkenaan Geran Pelancaran juga boleh dirujuk di portal rasmi JKM – KLIK SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…