kptm

Banyak jawatan kosong di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM): Terbuka untuk lepasan UPSR hingga Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

  1. PENOLONG PENGARAH (TEKNOLOGI MAKLUMAT)
  2. PENOLONG PENGARAH (JABATAN PERANCANGAN KORPORAT)
  3. PENOLONG PENGARAH
  4. JURUGAMBAR / GRAFIK EDITOR
  5. KERANI
  6. JURUTEKNIK (KOMPUTER)
  7. PENYELENGGARA STOR
  8. PEKERJA AM RENDAH

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukan secara rasmi dengan melampirkan salinan dokumen seperti berikut:

  • Keterangan peribadi (resume) dan gambar terkini berukuran pasport;
  • Salinan kad pengenalan;
  • Salinan sijil-sijil akademik yang berkaitan;
  • Surat rasmi permohonan dan dinyatakan jawatan yang dimohon dalam surat tersebut.

Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat e-mel: [email protected] (sila nyatakan jawatan yang dimohon pada tajuk e-mel) atau secara pos ke alamat:

PENGARAH KANAN
JABATAN SUMBER MANUSIA
IBU PEJABAT KOLEJ POLY-TECH MARA
ARAS 4, JALAN 7/91, TAMAN SHAMELIN PERKASA
56100 KUALA LUMPUR

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan pada 01 APRIL 2024 (ISNIN).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…