Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
- PEGAWAI PENILAIAN – GRED W41
- Gaji: RM2,094 – RM9,585
- PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN – GRED U36
- Gaji: RM3,590 – RM7,605
- JURURAWAT – GRED U29
- Gaji: RM1,797 – RM5,753
- PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN – GRED G29
- Gaji: RM1,494 – RM5,674
- PEMBANTU AKAUNTAN – GRED W19
- Gaji: RM1,353 – RM4,005
- PEMBANTU PENILAIAN – GRED W19
- Gaji: RM1,353 – RM4,005
- JURUBAHASA (CINA) – GRED LA19
- Gaji: RM1,355 – RM4,007
- PENGAWAL KESELAMATAN – GRED KP11
- Gaji: RM1,205 – RM2,939
- PENGHANTAR NOTIS – GRED N11
- Gaji: RM1,216 – RM2,983
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
Bagi senarai penuh kelayakan bagi setiap jawatan, rujuk – DI SINI.
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di sistem e-rekrut MBMB – DI SINI.
Semua permohonan juga hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan dokumen dengan gambar formal terkini dan berukuran passport (gambar swafoto/selfie tidak dibenarkan).
Pemohon turut wajib mengemukakan maklumat perhubungan (nombor untuk dihubungi dan alamat emel) yang terkini.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.
Tarikh tutup permohonan pada 21 FEBRUARI 2022, ISNIN.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.