kementerian

Banyak jawatan kosong ditawarkan dalam Kementerian: Gaji dari RM1,700 hingga RM1,900

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kementerian

  1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
    • Jenis Jawatan: MySTEP
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Tawaran Gaji: RM1,700/sebulan
    • Kemudahan: Caruman KWSP & PERKESO
  2. JURUBAHASA LA19
    • Jenis Jawatan: MySTEP
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Tawaran Gaji: RM1,700/sebulan
  3. JURUVIDEO B29
    • Jenis Jawatan: MySTEP
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Tawaran Gaji: RM1,900/sebulan

 

MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​. Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar Resume/CV beserta gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan dan salinan sijil-sijil akademik ke alamat e-mel: [email protected] bagi jawatan Pembantu Tadbir dan Jurubahasa.

Manakala, bagi jawatan Juruvideo pula – Resume/CV beserta gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil akademik dan contoh hasil kreatif perlu dihantar ke alamat e-mel: [email protected] dan [email protected]

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan jawatan pada 15 dan 16 Jun 2023, mengikut setiap jawatan.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…