FGV Agri

Banyak jawatan kosong ditawarkan FGV Agri Services: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, FGV Agri Services Sdn Bhd kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong FGV Agri Services Sdn Bhd

  1. AGRONOMIST
  2. PENYELIA LADANG KELAPA SAWIT
  3. PENYELIA (RESEARCH CONDUCTOR)
  4. EKSEKUTIF UNDANG-UNDANG DAN TADBIR URUS
  5. EKSEKUTIF JUALAN DAN PEMASARAN

Syarat-syarat Kelayakan

  • AGRONOMIST
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Memiliki kelayakan akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau setaraf.
  • PENYELIA LADANG KELAPA SAWIT
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Memiliki kelayakan akademik di peringkat Diploma atau setaraf.
  • PENYELIA (RESEARCH CONDUCTOR)
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Memiliki kelayakan akademik di peringkat Diploma atau setaraf.

 

  • EKSEKUTIF UNDANG-UNDANG DAN TADBIR URUS
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Memiliki kelayakan akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau setaraf.
  • EKSEKUTIF JUALAN DAN PEMASARAN
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Memiliki kelayakan akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau setaraf.

Bidang Tugas

  • AGRONOMIST
    • Memberi khidmat nasihat kepada kawasan penanaman semula kelapa sawit;
    • Memberi nasihat mengenai inisiatif penanaman semula dan mekanisasi kepada ladang;
    • Sebagai perunding program penanaman semula dan menyediakan pelan tindakan;
    • Untuk membangunkan projek dan/atau program baharu untuk meningkatkan portfolio jabatan;
    • Menilai potensi hasil tapak, mengenal pasti batasan mereka dan mencadangkan penambahbaikan praktikal;
    • Menyediakan cadangan baja khusus tapak untuk FGV / FELDA serta pelanggan luar untuk mencapai pengeluaran kelapa sawit yang mampan;
    • Melibatkan diri dan menyediakan latihan / khidmat nasihat teknikal / sokongan teknikal dan perkhidmatan selepas jualan kepada kumpulan FGV/FELDA juga pembeli benih kelapa sawit dan pihak luar yang berkaitan.
  • PENYELIA LADANG KELAPA SAWIT
    • Membantu penolong pengurus memastikan semua sasaran di capai;
    • Membantu penolong pengurus dalam menguruskan perbelanjaan sentiasa mengikuti bajet yang ditetapkan syarikat;
    • Memastikan semua rumpai yang tidak di ingini dibasmi;
    • Menyelia kerja-kerja ladang dibawah jagaan beliau;
    • Membuat program kerja tahunan dibawah tanggungjawab beliau;
    • Menjalankan semua tugasan dan aktiviti yang telah diprogramkan mengikut jadual;
    • Menetapkan tugas dan menyusun para pekerja dibawah seliaan beliau;
    • Menyelia,melatih dan memberi taklimat para pekerja dibawah jagaan beliau untuk mencapai produktiviti dan kualiti kerja yang maksimum;
    • Memastikan pekerja dibawah jagaan beliau sentiasa berintegriti dan mematuhi semua polisi syarikat
  • PENYELIA (RESEARCH CONDUCTOR)
    • Membantu penolong pengurus dalam menjalankan aktiviti berkaitan pentadbiran;
    • Memastikan aktiviti ladang mematuhi semua pekara yang berkaitan dengan polisi NGO seperti RSPO;
    • Membantu penolong pengurus dalam urusan keluar,masuk dan kebajikan tenaga asing;
    • Bertanggungjawab memberi khidmat teknikal, kejuruteraan sumber manusia dan mematuhi pekeliling syarikat.

 

  • EKSEKUTIF UNDANG-UNDANG DAN TADBIR URUS
    • Menyelia dan merangka kontrak dan perjanjian berdasarkan keperluan daripada BU;
    • Bertanggungjawab untuk membangunkan, melaksanakan dan menyelia strategi yang memastikan organisasi dapat meneruskan operasi kritikalnya semasa dan selepas peristiwa yang mengganggu, seperti bencana alam, serangan siber atau krisis lain. Peranan ini melibatkan penyelarasan penciptaan pelan kesinambungan perniagaan, mengetuai usaha tindak balas krisis, dan memastikan organisasi bersedia menghadapi potensi risiko;
    • Menyelaras dengan BU dengan inisiatif strategik, penggabungan, pemerolehan dan aktiviti perniagaan lain;
    • Mewujudkan dan mengekalkan piawaian etika yang tinggi dalam organisasi, memupuk budaya integriti dan akauntabiliti;
    • Memantau kemajuan dan rekod KPI operasi syarikat termasuk penyerahan laporan/dashboard;
    • Menyediakan dan menyusun maklumat untuk laporan pengurusan;
    • Memastikan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan, risiko undang-undang ditangani dengan sewajarnya, dan memberikan nasihat tentang isu undang-undang dan etika;
    • Memastikan organisasi bersedia untuk pelbagai gangguan, termasuk bencana alam, serangan siber dan kecemasan lain;
    • Rekod pencapaian operasi sentiasa dikemas kini dan dimaklumkan kepada pihak Pengurusan
  • EKSEKUTIF JUALAN DAN PEMASARAN
    • Di bawah arahan Ketua Jualan & Pemasaran Agri Services adalah untuk menjual produk dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh FGVAS, mewujudkan penciptaan permintaan dan kesedaran kepada bakal pelanggan dan pelanggan tetap;
    • Mengekalkan kesetiaan pelanggan/repeat order daripada pelanggan tetap mengekalkan tender yang diberikan, mencari pelanggan baharu dan lawatan jualan pelanggan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs. Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 18 SEPTEMBER 2024.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Banyak jawatan kosong Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT): Kelayakan SPM hingga Ijazah

Banyak jawatan kosong Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT): Kelayakan SPM hingga Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan…
Bantuan BMT RM800: Maklumat penerima, syarat-syarat & jadual rasmi pembayaran

Bantuan BMT RM800: Maklumat penerima, syarat-syarat & jadual rasmi pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Semak Bantuan MyKad RM100 September 2024: Diberikan secara automatik, tidak perlu memohon

Semak Bantuan MyKad RM100 September 2024: Diberikan secara automatik, tidak perlu memohon

Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi antara salah satu isu utama di kalangan rakyat Malaysia. Prihatin dengan…