frim

Banyak jawatan kosong ditawarkan FRIM: Ambilan September 2024, Gaji sehingga RM9,585

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

  1. PEMBANTU OPERASI N11
    • Taraf Jawatan : Tetap
    • Jadual Gaji : RM1,216 – RM2,983
  2. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
    • Taraf Jawatan : Tetap
    • Jadual Gaji : RM1,377 – RM4,052
  3. PEMBANTU TAMAN/LADANG G19
    • Taraf Jawatan : Tetap
    • Jadual Gaji : RM1,377 – RM4,052
  4. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q29
    • Taraf Jawatan : Tetap
    • Jadual Gaji : RM1,496 – RM5,676
  5. AKAUNTAN WA41
    • Taraf Jawatan : Tetap
    • Jadual Gaji : RM2,820 – RM9,585
  6. PEGAWAI TADBIR N41
    • Taraf Jawatan : Tetap
    • Jadual Gaji : RM2,080 – RM9,546

Syarat-Syarat Kelayakan

  • PEMBANTU OPERASI N11
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau
    • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15); dan
    • Syarat Kelayakan Bahasa Melayu: Calon lantikan Pembantu Operasi Gred N11 hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR.
  • PEMBANTU KEMAHIRAN H19
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,377.00); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24); dan
    • Syarat Kelayakan Bahasa Melayu: Calon lantikan Pembantu Kemahiran Gred H19 hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
  • PEMBANTU TAMAN/LADANG G19
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau
    • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80); dan
    • Syarat Kelayakan Bahasa Melayu: Calon lantikan Pembantu Taman/ Ladang Gred G19 hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia.

 

  • PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q29
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek sains. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,496.00); atau
    • Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,496.00); atau
    • Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,496.00); atau
    • Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,774.37); atau
    • Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,849.57); atau
    • Diploma Sains Veterinar/Haiwan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,924.77); dan
    • Syarat Kelayakan Bahasa Melayu: Calon lantikan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia.
  • AKAUNTAN WA41
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00); atau
    • Lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiaf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00); atau
    • Calon lantikan Akauntan Gred WA41 hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia.
  • PEGAWAI TADBIR N41
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau
    • Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43); dan
    • Calon lantikan Pegawai Tadbir Gred N41 hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Jawatan Online FRIM.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 27 SEPTEMBER 2024 (JUMAAT).

Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga  bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Semak penerima, tarikh & jumlah bayaran STR Fasa 4 bulan depan (November 2024)

Semak penerima, tarikh & jumlah bayaran STR Fasa 4 bulan depan (November 2024)

Pengenalan pelbagai jenis bantuan/inisiatif adalah sebahagian daripada usaha pihak Kerajaan (Persekutuan atau Negeri) untuk meringankan beban rakyat mendapani cabaran kos…
Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kebajikan rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan, sentiasa terpelihara. Melalui pelbagai inisiatif bantuan kebajikan, kerajaan menyediakan…
Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin mencabar, ramai di kalangan rakyat Malaysia merasa terhimpit dengan beban kewangan yang…