Arkib Negara

Banyak jawatan kosong ditawarkan Jabatan Arkib Negara: Minima SPM, Gaji sehingga RM4,003

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini sedang membuka kekosongan banyak jawatan di Jabatan Arkib Negara bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Arkib Negara

PEMBANTU PEMULIHARAAN GRED S19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Sosial
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
  • Kenaikan Tahunan: RM100
  • Kekosongan: 6
  • Simpanan: 35
  • Taraf Pelantikan:
    • Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
    • Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,352.00) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,408.40) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,464.80)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pemuliharaan manuskrip dan penjilidan buku nadir, rekod kerajaan, surat persendirian, peta, surat perjanjian dan gambar dan tumpuan kepada bahan yang penting dan mempunyai nilai sebagai bahan warisan khazanah negara, memberi latihan, khidmat nasihat serta rundingan dalam dan luar jabatan dan penyediaan laporan.

Cara Memohon Jawatan Arkib Negara

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 15 JULAI 2024 (KHAMIS).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI dan permohonan boleh dibuat DI SINI.

Maklumat Tambahan

Arkib Negara Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Disember 1957 sebagai Pejabat Rekod Awam. Ia kemudiannya dikenali sebagai Arkib negara Malaysia pada tahun 1963. Objektif utama penubuhannya adalah bagi memantapkan kompetensi dan komitmen pegawai awam dalam bidang pengurusan rekod melalui pematuhan Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629] dan perundangan lain yang berkuat kuasa; memelihara dan memulihara bahan arkib yang bernilai kekal untuk rujukan dan kelestarian warisan negara dan memperkasa program pengembangan dan advokasi sejarah negara ke arah pengukuhan jati diri warga Malaysia.

Fungsi-fungsinya pula adalah mnetapkan undang-undang,  peraturan,  dasar  dan  hala  tuju pengurusan  rekod sektor awam, pentadbiran arkib serta pengurusan Arkib Menteri dan Arkib Memorial; membangunkan panduan dan tatacara pengurusan rekod konvensional dan elektronik untuk diguna pakai oleh pejabat awam (kementerian, jabatan, agensi kerajaan, badan berkanun dan perusahaan kerajaan).

Ia juga memberikan khidmat nasihat, bimbingan, latihan dan konsultansi kepada pejabat awam mengenai pewujudan, penggunaan, penyenggaraan, penyimpanan dan pelupusan rekod dan menjadi Subject Matter Expert (SME) bagi pelaksanaan Digital Document Management System (DDMS) yang meliputi pembangunan Klasifikasi Fail (KF) dan Jadual Pelupusan Rekod (JPR) di sektor awam.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…