Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
- PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
- GURU TABIKA PERPADUAN S29
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
Syarat-Syarat Kelayakan
- PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19
- Terdiri daripada Warganegara Malaysia;
- Calon lantikan hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Gaji Permulaan ialah pada Gred S19 : RM 1,352.00) atau
- Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- GURU TABIKA PERPADUAN S29
- Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas;
- Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek BahasaMelayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. (Gaji Permulaan Gred S29 ialah: RM1,770.95);
- Keutamaan permohonan adalah bagi yang menetap di negeri Terengganu sahaja.
Bidang Tugas
- PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19
- Membantu pengurusan Rukun Tetangga (RT), Tabika Perpaduan (TP), Taska Perpaduan (TSP), Skim Rondaan Sukarela (SRS), Mediator Komuniti (MK), Kelab Rukun Negara (KRN) dan Sekretariat Rukun Negara (SRN);
- Melaksanakan aktiviti kemasyarakatan berbentuk penggalakan, pemupukan, pencelahan dan pemulihan dalam aspek perpaduan, integrasi nasional, bina negara dan silang budaya;
- Membantu pemantauan dan pengesanan isu-isu yang boleh mengancam dan menggugat perpaduan;
- Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
- GURU TABIKA PERPADUAN S29
- Melaksanakan tugas Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) setiap hari mengikut kurikulum yang telah ditetapkan;
- Merancang PdP yang boleh mewujudkan dan merangsang minat untuk meneroka sesuatu yang baru serta meningkatkan motivasi supaya bersedia untuk belajar;
- Membimbing murid semasa menjalankan aktiviti harian di tabika supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif;
- Melaksanakan penilaian berterusan berkaitan perkembangan murid serta tugas-tugas lain diarahkan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara lengkap. Borang perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen (disahkan) berikut:
- Kad Pengenalan;
- Sijil Kelahiran;
- Sijil Berhenti Sekolah;
- Sijil Pendikan;
- Lesen Memandu.
- Sijil Digital Vaksinasi.
Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi. Alamat adalah berbeza antara dua jawatan yang ditawarkan ini.
Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 1 SEPTEMBER 2024.
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan memenuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas tempoh 6 bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.