kementerian

Banyak jawatan kosong ditawarkan Kementerian Kesihatan Malaysia: Gaji RM2,078 – RM9,544

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong terkini di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 (KLINIKAL)

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Jadual Gaji: RM2,078 – RM9,544
  • Kekosongan: 11
  • Simpanan: 22

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah merupakan Warganegara Malaysia;
  • Pemohon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan jawatan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 02 NOVEMBER 2023, KHAMIS (11.59 MALAM).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI dan permohonan boleh dibuat DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…