universiti

Banyak jawatan kosong ditawarkan Universiti Malaya (UM): Gaji sehingga RM13,351

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Malaya (UM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Universiti Malaya (UM)

  1. PENSYARAH UNIVERSITI
    • Gred: DU53
    • Kategori: Akademik
    • Gaji: RM6,251 – RM13,351
    • Tanggungjawab:
      • Sebagai kakitangan akademik kami, anda diharapkan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang digariskan di bawah kriteria berikut: Pengajaran dan penyeliaan; Penyelidikan dan penerbitan; Kepimpinan dan tugas pentadbiran; Pengantarabangsaan dan rangkaian serta Tugas Klinikal.
  2. GURU (BAHASA/SUBJEK)
    • Gred: DG41
    • Kategori: Akademik
    • Gaji: RM2,188 – RM9,552
    • Tanggungjawab:
      • Sebagai kakitangan akademi, anda diharapkan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang digariskan di bawah kriteria berikut: mengajar; Tugas pentadbiran dan Pengantarabangsaan serta rangkaian.
  3. JURUTERA GRED J41
    • Gred: J41
    • Kategori: Bukan Akademik
    • Gaji: RM2,529 – RM9,643
    • Tanggungjawab: 
      • Bertanggungjawab merancang dan menyelaras pembangunan dan perkhidmatan kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan mekanikal, projek-projek khas dan urusan pentadbiran am pejabat.
  4. JURUUKUR BAHAN GRED J41
    • Gred: J41
    • Kategori: Bukan Akademik
    • Gaji: RM2,529 – RM9,643
    • Tanggungjawab:
      • Bertanggungjawab memberi perkhidmatan dalam kerja-kerja pakar ukur bahan di peringkat pra dan pos kontrak, memberikan khidmat nasihat dan runding cara kos pembinaan, menjalankan pembangunan dan penyelidikan berkaitan dasar mengenai tender dan kontrak kerajaan serta memberi khidmat keurusetiaan tender, kontrak dan pelantikan perunding ikhtisas.
  5. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29
    • Gred: W29
    • Kategori: Bukan Akademik
    • Gaji: RM1,498 – RM5,678
    • Tanggungjawab:
      • Bertanggungjawab menjalankan tugas berkaitan dengan pengurusan hartanah, penilaian hartanah, urusan penyewaan ruang/premis dan urusan pajakan tanah.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Maklumat syarat-syarat kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) di Portal UM Career.  Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan pada 06 MEI 2024 (ISNIN). 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

Universiti Malaya (UM) ditubuhkan pada 8 Oktober 1949 hasil gabungan di antara King Edward VII College of Medicine (1905) dan Raffles College (1928). Universiti Malaya pada ketika itu memainkan peranan utama di dalam melahirkan modal insan yang mahir dan terlatih dalam Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Singapura dan kemudiannya Malaysia.

Perkembangan pesat Universiti Malaya dalam dekad yang pertama membawa kepada penubuhan dua cawangan autonomi pada tahun 1956 – satu di Singapura dan satu lagi di Kuala Lumpur. Pada tahun 1960, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah menyatakan hasrat masing-masing untuk menukar status cawangan universiti kepada sebuah universiti di peringkat kebangsaan. Dengan kelulusan Akta Parlimen 1961, Universiti Malaya seperti yang dikenali sekarang telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Januari 1962 sebagai institusi pengajian tinggi yang pertama di negara ini.

Sejak penubuhannya, universiti ini telah mengeluarkan lebih 115,000 orang graduan di peringkat ijazah pertama dan ijazah tinggi dalam pelbagai bidang pengkhususan. Alumni UM JUGA telah menyandang pelbagai jawatan dan memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang antaranya Perdana Menteri Malaysia, Menteri Kabinet, pegawai kanan kerajaan dan diplomat, pakar ekonomi, tokoh korporat serta peneraju dalam industri sains dan teknologi, kesusasteraan dan kebudayaan.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…