usim

Banyak Jawatan kosong ditawarkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM): Gaji sehingga RM9,546

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

  1. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan
    • Jadual Gaji: RM1,205 – RM2,939
  2. PEMANDU KENDERAAN H11
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
    • Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939
  3. PEGAWAI TADBIR N41
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
    • Jadual Gaji: RM2,080 – RM9,546
  4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
    • Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
  5. PENOLONG AKAUNTAN W29
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
    • Jadual Gaji: RM1,498 – RM5,678

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Menepati syarat-syarat kelayakan minima dan khusus yang ditetapkan seperti di hebahan rasmi;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Jawatan USIM.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan pada 09 APRIL 2024 (SELASA).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah sebuah universiti Islam dan universiti ke-12 yang dimiliki sepenuhnya dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. Matlamat USIM adalah bagi menjadi peneraju dalam segenap aspek ilmu dan sebagai pusat rujukan global untuk integrasi ilmu Naqli dan Aqli.

USIM menggunakan pendekatan seimbang dalam pendidikan, iaitu menerapkan elemen-elemen yang memenuhi keperluan fizikal dan rohani, bukan sahaja pengukuhan dalam program akademik yang ditawarkan, malah dalam amalan pentadbiran dan pengurusannya juga.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bergelar suami isteri adalah detik indah yang dinantikan oleh ramai pasangan. Namun, selepas majlis tamat, bermulalah satu fasa kehidupan yang…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

Warga emas merupakan sebahagian penting daripada masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan pengalaman yang tidak ternilai dalam membangunkan…
RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

Melangkah ke alam pengajian tinggi merupakan satu fasa penting dalam kehidupan seorang pelajar. Ia bukan sahaja menandakan permulaan kepada pengembaraan…