Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan
- PENOLONG JURUTERA
- Pengambilan: Personel MySTEP
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,800/sebulan
- PEMBANTU KEMAHIRAN
- Pengambilan: Personel MySTEP
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,600/sebulan
- PEMBANTU AWAM
- Pengambilan: Personel MySTEP
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,400/sebulan
MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya. Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MySTEP Kelantan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 01 JUN 2023, JUMAAT.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI.