Pada ketika ini, Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) sedang mencari calon-calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29
- Kumpulan: Pelaksana
- Jadual Gaji: RM1,549 – RM5,701
- Taraf Pelantikan:
- Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun; dan
- Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
- Diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bidang Tugas
Bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk menyediakan anggaran kos awal, membuat pengukuran kuantiti (taking off), menyediakan dokumen tender dan kontrak, menyedia perakuan bayaran interim, menyedia arahan perubahan kerja, perakuan akaun dan bayaran muktamad, mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan secara atas talian (online) di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA (SPA9).
Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
Akan tetapi, calon perlu memastikan pusat temu duga terdekat dikemas kini sebelum atau pada tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 14 NOVEMBER 2024, KHAMIS.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Maklumat Tambahan
Kementerian Kerja Raya Malaysia ialah kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Kementerian ditubuhkan pada tahun 1956 dengan nama Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekom. Pada tahun 1975, kementerian telah disusun semula dan dinamakan Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan.
Perkembangan pesat pembangunan dan sosio-ekonomi negara pada tahun 1970an telah menyebabkan fungsi dan peranan kementerian bertambah. Sesuai dengan perkembangan tersebut, pada tahun 1978 sekali lagi fungsi dan nama kementerian ditukar kepada Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam. Selari dengan pengkhususan tanggungjawab, pada tahun 1980-an, kerajaan telah mengambil keputusan menamakan kementerian dengan nama Kementerian Kerja Raya dan nama itu kekal sehingga sekarang.
Kementerian Kerja Raya telah mengenalpasti 5 nilai bersama utama yang perlu diamalkan oleh warga Kerja Raya iaitu Profesionalisme, Responsif, Integriti, Kerja Berpasukan dan Inovatif.
Fungsi utama kementerian ini adalah mengkaji, merancang, menilai dan menggubal dasar–dasar baharu untuk industri pembinaan (infrastruktur dan bangunan) selaras dengan pembangunan negara; menyelaras, mengurus serta meningkatkan kompetensi sumber manusia dan kewangan; merancang dan melaksanakan projek infrastruktur negara khususnya jalan raya, lebuh raya dan Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP); memastikan semua projek pembangunan di bawah kawalan Kementerian Kerja Raya dilaksanakan mengikut jadual dan kos yang ditetapkan dan mengawal selia dan memantau kontrak penyenggaraan jalan raya, cerun di Jalan Persekutuan serta Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP) di bawah kawalan KKR.