Perkhidmatan Awam

Banyak Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam, Ambilan November 2024: Gaji sehingga RM4,052

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Semenanjung).

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Semenanjung)

PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Jadual Gaji: RM1,360 – RM4,052
  • Kekosongan: 2
  • Simpanan: 25
  • Taraf Pelantikan:
    • Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
    • Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
    • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80)
  • Dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
    • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal SPA9.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.

Akan tetapi, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 05 NOVEMBER 2024, SELASA.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) adalah sebuah jabatan Kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menyelia dan mentadbir hal-hal berkaitan perkidmatan veterinar. Ia merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bergelar suami isteri adalah detik indah yang dinantikan oleh ramai pasangan. Namun, selepas majlis tamat, bermulalah satu fasa kehidupan yang…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

Warga emas merupakan sebahagian penting daripada masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan pengalaman yang tidak ternilai dalam membangunkan…
RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

Melangkah ke alam pengajian tinggi merupakan satu fasa penting dalam kehidupan seorang pelajar. Ia bukan sahaja menandakan permulaan kepada pengembaraan…