Pada ketika ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – Majlis Perbandaran Pekan (MPP) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – Majlis Perbandaran Pekan (MPP)
- Pegawai Tadbir
- Penolong Pegawai Senibina
- Pembantu Tadbir (P/O)
- Pembantu Penguat Kuasa
- Pembantu Khidmat Am
- Penolong Pegawai Undang-Undang
- Penolong Arkitek Landskap
- Penolong Pegawai Penilaian
- Pembantu Kemahiran (Automotif)
- Pembantu Keselamatan
Syarat-Syarat Kelayakan
- Pegawai Tadbir
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM2,250.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM2,470.00);
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Penolong Pegawai Senibina
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau
- Diploma Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Pembantu Tadbir (P/O)
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,500.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,500.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,622.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Pembantu Penguat Kuasa
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,622.00).
- Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Pembantu Khidmat Am
- Warganegara Malaysia; dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. ; atau
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. ; atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ; atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki lesen memandu Kelas H;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Penolong Pegawai Undang-Undang
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred L5: RM1,893.00); atau
- Diploma dalam bidang Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred L5: RM1,974.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Penolong Arkitek Landskap
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Teknologi dalam bidang Landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Kelayakan lantikan untuk kegunaan di Pihak Berkuasa Tempatan) (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau
- Sijil Seni Bina, Sijil dalam bidang Perancangan Bandar atau Kejuruteraan Awam (Seni Bina) yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau
- Diploma Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Penolong Pegawai Penilaian
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W5: RM1,731.00); atau
- Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada W5: RM1,731.00); atau
- Diploma Pengurusan Harta Tanah atau Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W5: RM1,974.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Pembantu Kemahiran (Automotif)
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan ); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dam Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dam Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Pembantu Keselamatan
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. ; atau
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. ; atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ; atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohon hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi MPP. Pemohon juga hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan.
Permohonan dibuka sehingga 25 Ogos 2025 (Isnin).
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.