Banyak jawatan kosong sedia dimohon di FINAS sesi September 2022: Gaji sehingga RM5,526

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  • PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
    • Klasifikasi : Pentadbiran dan Sokongan (N)
    • Kumpulan : Pelaksana
    • Jadual Gaji : RM1,493 – RM5,526
  • PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
    • Klasifikasi : Pentadbiran dan Sokongan
    • Kumpulan : Pelaksana
    • Jadual Gaji : RM1,352 – RM4,003
  • PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
    • Klasifikasi : Kewangan
    • Kumpulan : Pelaksana
    • Jadual Gaji : RM1,353 – RM4,005
  • PEMBANTU OPERASI N11
    • Klasifikasi : Pentadbiran dan Sokongan
    • Kumpulan : Pelaksana
    • Jadual Gaji : RM1,216 – RM2,983
  • PEMBANTU AWAM H11
    • Klasifikasi : Kemahiran
    • Kumpulan : Pelaksana
    • Jadual Gaji : RM1,218 – RM2,939

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan kekosongan jawatan hendaklah dilaksanakan secara atas talian (online) di portal e-Perjawatan FINAS dengan perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan (disahkan) berikut:

  • Gambar berukuran pasport terkini;
  • Sijil kelahiran;
  • Kad Pengenalan (depan dan belakang) diimbas (scan) terlebih dahulu dan disimpan sebagai pdf atau jpeg;
  • Sijil Berhenti Sekolah;
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Salinan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda (Bagi jawatan yang berkaitan sahaja).

 

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 19 SEPTEMBER 2022, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI dan permohonan secara atas talian boleh dilaksanakan DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…