Banyak kekosongan jawatan di PKNNS sesi September – Oktober 2022: Gaji RM2,080 – RM9,546

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  • Gelaran Jawatan: Pegawai Lapangan BMTKM
  • Skim Perkhidmatan & Gred: Pegawai Tadbir Gred N41
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan & Profesional
  • Status Lantikan: Kontrak
  • Tempoh Lantikan: 1 Tahun
  • Jumlah Kekosongan: 8

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Pemohon hendaklah mengemukakan resume yang mengandungi perkara-perkara berikut:

  • Butiran Peribadi;
  • Latarbelakang Pendidikan;
  • Pengalaman Bekerja;
  • Kemahiran;
  • Penglibatan Luar;
  • Nombor Telefon terkini untuk dihubungi;
  • Rujukan.

 

Dan ia perlulah dilampirkan bersama surat iringan (cover letter), sekeping gambar saiz passport, salinan fotostat Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil kelayakan akademik serta lain-lain dokumen yang berkaitan yang telah disahkan benar.

Serta perlu dihantar ke alamat:

KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
P.O.BOX 158, JALAN YAM TUAN,
70710 SEREMBAN. NEGERI SEMBILAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Pengurusan)

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 03 OKTOBER 2022, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan maklumat lengkap berkenaan permohonan boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bergelar suami isteri adalah detik indah yang dinantikan oleh ramai pasangan. Namun, selepas majlis tamat, bermulalah satu fasa kehidupan yang…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

Warga emas merupakan sebahagian penting daripada masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan pengalaman yang tidak ternilai dalam membangunkan…
RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

Melangkah ke alam pengajian tinggi merupakan satu fasa penting dalam kehidupan seorang pelajar. Ia bukan sahaja menandakan permulaan kepada pengembaraan…