Baucar beli belah pada bulan kelahiran: Ini cara memohon bantuan RM100 & RM500 SMUE

Diwujudkan dengan tujuan untuk memberi manfaat kepada golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU), kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah program bantuan yang dikenali sebagai Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Melalui skim bantuan ini, terdapat dua manfaat yang akan diberikan kepada mereka yang layak iaitu baucar membeli belah dan bantuan khairat kematian. Berikut adalah penjelasan lanjutnya: –

Jumlah Bantuan

Kepada yang berkelayakan, mereka akan menerima:

  • Baucar Membeli Belah (RM100)
    • Menerima baucar beli-belah RM100 di pasaraya terpilih pada bulan kelahiran mereka.
    • Penyerahan manfaat akan dibuat melalui pejabat Pusat Khidmat DUN.
  • Khairat Kematian (RM500)
    • Tuntutan khairat kematian SMUE hanya boleh dibuat sekiranya si mati dan nama pewaris telah didaftarkan di bawah SMUE sahaja.
    • Pembayaran akan dibuat sama ada dalam bentuk tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN atau pindahan wang terus ke akaun pewaris.

Syarat-syarat Kelayakan

Kategori Warga Emas

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
  • Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
  • Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja);
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

 

Kategori OKU

  • Warganegara Malaysia;
  • Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
  • Tiada had umur bagi yang lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
  • Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja);
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

 

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Dalam masa sama, permohonan juga boleh dikemukakan secara manual dengan mendapatkan borang permohonan di Pejabat YAWAS/Pusat Khidmat Masyarakat atau muat turun – DI SINI.

Borang yang lengkap diiisi kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan dan dihantar ke Pejabat YAWAS atau Pusat Khidmat Masyarakat.

Untuk permohonan atas talian pula, borang permohonan juga perlu dicetak setelah mengisi maklumat permohonan, dan perlu mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh 14 hari setelah permohonan dibuat.

Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak diproses dan melambatkan penerimaan manfaat.

Untuk maklumat terperinci dan lengkap berkenaan SMUE, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan IBAKIPT RM300 dibuka sehingga Oktober 2024: Berikut cara memohon

Permohonan IBAKIPT RM300 dibuka sehingga Oktober 2024: Berikut cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan Kosong Akademi Kenegaraan Malaysia: Kelayakan SPM - Ijazah, Gaji sehingga RM9,549

Jawatan Kosong Akademi Kenegaraan Malaysia: Kelayakan SPM - Ijazah, Gaji sehingga RM9,549

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Akademi Kenegaraan Malaysia kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi…
Jawatan Kosong Yayasan Canselor UKM, September 2024: Gaji permulaan RM6,668.00

Jawatan Kosong Yayasan Canselor UKM, September 2024: Gaji permulaan RM6,668.00

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Canselor UKM kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan…