Baucar Perlindungan Tenang dinaikkan dari RM50 ke RM75: Ini cara-cara menebusnya

Seperti mana yang diumumkan di bawah Bajet 2022, pelbagai inisiatif, bantuan dan penambahbaikan telah diperkenalkan – sebagai langkah penyediaan belanjawan pada tahun hadapan. Antaranya, termasuklah Program Baucar Perlindungan Tenang di mana – kerajaan bersetuju untuk menaikkannya dari RM50 kepada RM75.

Malah, sebagai tambahan, baucar ini juga nanti boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022.

Program Baucar Perlindungan Tenang

Secara asasnya, Program Baucar Perlindungan Tenang adalah sebuah Kerajaan bagi memperluas perlindungan sosial kepada golongan B40. Baucar ini akan diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.

Semak Kelayakan Baucar

Jika anda merupakan penerima BPR dan golongan B40, semakan kelayakan menerima baucar boleh dibuat secara atas talian (online) dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari portal MyPTV (KLIK SINI).
  • Langkah 2: Masukkan maklumat No Kad Pengenalan anda dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”.
  • Langkah 3: Klik butang “Cari”. Jika anda layak untuk program ini, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya.
    Sebagai alternatif, anda juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan atau ejen/pengedar syarikat insurans / pengendali takaful yang sah yang menawarkan produk Perlindungan Tenang untuk menyemak kelayakan anda.

Cara Menebus Baucar

Bagi mereka yang layak, penebusan baucar (RM50 untuk tahun ini) boleh dibuat dengan dua kaedah utama iaitu:

Kaedah Penebusan baucar untuk pembelian produk atas talian

  • Langkah 1: Layari portal MyCoverage (KLIK SINI).
  • Langkah 2: Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang”. Klik pada ikon logo syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk masing-masing seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
  • Langkah 3: Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut.
  • Langkah 4: Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai/membeli produk tersebut. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, no Kad Pengenalan, umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda mungkin juga perlu memasukkan nombor Baucar Perlindungan Tenang unik anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian.

 

Kaedah Penebusan dan pembelian di kaunter

  • Anda juga boleh menebus baucar ini secara langsung dari kaunter pejabat cawangan atau ajen/pengedar sah syarikat insurans/pengendali takaful.
  • Ketika di sana, anda amat disarankan untuk meneliti dan dan fahami maklumat asas serta manfaat produk, termasuk menyemak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
  • Jika anda ingin meneruskan pembelian, anda akan diminta untuk mengisi maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan proses pembelian.

 

Untuk maklumat lanjut, terperinci dan lengkap berkenaan program ini, anda amat disarankan untuk membaca penerangannya – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…